Harga Kelas Bahasa Arab Dewasa Online (Google Meet / Zoom)
Mula-mula, kami tidak tetapkan harga kerana rasa segan juga. Lama-lama, kami rasa lebih baik letak harga kelas Bahasa Arab dewasa ini untuk memudahkan urusan.
Harga kelas Bahasa Arab online
Sejak pandemik Coronavirus COVID-19 dan juga PKP, semua kelas hanya dijalankan secara online. Tidak ada kelas persendirian, personal atau private di rumah.
Berikut ialah harga untuk kelas belajar Bahasa Arab secara online bagi orang dewasa:
Pakej A
RM300 RM200 / sebulan
- Personalized Learning
- Belajar 1-to-1
- Masa yang fleksibel
- Guna Zoom / Google Meet
- Lebih privasi
- 100% perhatian
Pakej B
RM500 RM400 / sebulan
- Personalized Learning
- Belajar 1-to-1
- Masa yang fleksibel
- Guna Zoom / Google Meet
- Lebih privasi
- 100% perhatian
Apa beza Pakej A dan Pakej B?
Pakej A (RM200 / bulan) ialah 1 kali seminggu — 4 sesi × 45 minit. Pakej B (RM400 / bulan) ialah 2 kali seminggu — 8 sesi × 45 minit. Kedua-dua pakej ialah kelas 1-to-1 melalui Zoom atau Google Meet.
Pilih Pakej B jika anda mahu momentum lebih kerap; Pakej A jika jadual kerja ketat. Untuk pakej lain, hubungi kami.
Kenapa harga 1-to-1 berbeza daripada kelas berkumpulan?
Di pasaran Malaysia, kelas Bahasa Arab berkumpulan sering bermula jauh lebih rendah sebulan kerana satu guru mengajar ramai pelajar sekali gus. Harga JomArabic mencerminkan masa guru yang penuh untuk seorang pelajar — sebutan, soalan, dan kadar belajar ikut anda.
Jika anda masih banding pilihan, baca juga belajar Bahasa Arab komunikasi dan daftar di borang di bawah.