Jawatan Kosong Guru Bahasa Arab Al Quran (Diperlukan, Mengajar Online)

Jawatan kosong guru Bahasa Arab

Kami mengalu-alukan mana-mana ustaz dan ustazah yang berkemahiran dalam bidang Al Quran untuk memohon jawatan kosong guru Bahasa Arab di Jom Al Quran.

Guru Bahasa Arab diperlukan

Guru Bahasa Arab online ini sangat-sangat diperlukan kerana terlalu banyak permintaan. Terutama sekali semasa musim PKP dan COVID-19 ini

Kerja kosong ini amat fleksibel kerana mengikut waktu yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, iaitu guru dan pelajar.

 

Kelebihan guru Bahasa Arab online dengan kami

  • Boleh bekerja secara full-time dan part-time
  • Boleh memilih lokasi mengajar yang berdekatan dengan tempat tinggal
  • Jika online, boleh berinteraksi dengan pelajar dari seluruh Malaysia
  • Bebas menyusun dan menguruskan waktu antara guru dan pelajar
  • Masa yang fleksibel
  • Tidak terikat dengan waktu kerja 9-5 seperti orang lain
  • Latihan dan taklimat akan diberikan semasa proses on-boarding
  • Berpeluang untuk ke luar negara jika ada permintaan dari pelajar yang berada di luar Malaysia
  • Hanya perlu mengajar orang dewasa
  • Kebanyakannya ialah golongan bekerja dan warga emas yang memang mahu belajar Bahasa Arab Al Quran
  • Walau bagaimanapun, ada juga permintaan untuk mengajar kanak-kanak / remaja

 

Syarat dan kelayakan menjadi Arabic Language teacher

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Solat 5 waktu
  • Berumur 20 – 50 tahun (Maklumkan jika bukan dalam lingkungan umur ini)
  • Fasih dalam Bahasa Melayu
  • Selain Bahasa Arab, bonus jika fasih dalam Bahasa Inggeris
  • Mempunyai pendidikan dalam bidang pengajian Islam
  • Mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Arab sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Boleh beri komitmen untuk mengajar Bahasa Arab lebih dari 6 bulan
  • Boleh beri komitmen untuk memandu ke rumah pelajar walaupun jauh sedikit dari tempat tinggal
  • Mempunyai lesen memandu yang sah
  • Mempunyai kenderaan sendiri
  • Mempunyai telefon bimbit
  • Mempunyai langganan Internet dengan data unlimited

 

Apa skill yang guru Arabic Language perlu ada?

Anda boleh pilih untuk mengajar Bahasa Arab seperti berikut:

  1. Bahasa Arab Al Quran
    • Ramai orang di luar sana yang mahu memahami apa isi kandungan Al Quran
    • Namun, mereka tidak faham satu pun Bahasa Arab yang ada di dalam Al Quran
    • Jadi, tugas guru Bahasa Arab adalah membimbing golongan ini supaya lebih dekat dan cinta Al Quran dengan memahami erti dan makna ayat yang Allah turunkan
  2. Bahasa Arab Komunikasi
    • Ramai juga di luar sana yang teringin untuk bersembang dengan Pak-pak Arab dalam Bahasa Arab
    • Contohnya, semasa ke Mekah dan Madinah, boleh berbual-bual dengan penjual di kedai
    • Namun, ia bergantung kepada skill berbahasa guru
    • Ini kerana dialek Bahasa Arab agak berbeza mengikut lokasi.
    • Contohnya, Bahasa Arab yang digunakan di Mesir, lenggoknya tidak sama dengan yang digunakan di Arab Saudi. Begitu juga di Jordan, tidak sama dengan di Qatar.
    • Jadi, tugas anda adalah mengajar golongan ini untuk mempelajar Bahasa Arab mengikut kesesuaian lokasi yang anda memang mahir

 

Siapa yang sesuai isi jawatan kosong guru Bahasa Arab ini?

  • Pelajar IPT yang ingin mencari pendapatan sampingan
  • Lepasan universiti atau fresh-graduate yang masih belum dapat kerja
  • Fresh-graduate yang mahu menceburi bidang pendidikan
  • Guru-guru lain yang mahu tambah pendapatan dengan bekerja secara part-time
  • Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan dan terkesan dengan pandemik Coronavirus COVID-19

 

Sila isikan maklumat seperti di bawah. Boleh hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan berkenaan jawatan kosong guru taranum Al Quran ini.